Menjadi wanita solehah adalah impian setiap muslimah. Perhiasan yang di jaga ALLAH ini, bukan sebuah perhiasan yang dipamerkan kecantikannya untuk tatapan manusia tetapi sebuah perhiasan yang tersimpan rapi dalam jagaan Islam.

 

Dunia adalah perhiasan dan seindah-indahnya perhiasan dunia adalah wanita solehah.”- Hadis Riwayat Muslim

 

HIJRAH - Perpindahan itu tidak semestinya dari segi lokasi sahaja semata mata malah Hijrah yang lebih besar itu berlaku di hati kerana pada hakikatnya hijrah ini merupakan seruan Ilahi untuk kita kembali ke Fitrah semula jadi, naluri kita semua selaku hamba Allah adalah untuk lebih dekat kembali pada asal usul kita.

 

SYARIAH - Ya benar, asas kepada apa apa pegangan adalah kepercayaan yang utuh. Begitu juga dalam agama Islam yang indah ini. Namun begitu, kepercayaan semata mata tanpa amalan tidak lengkap Islam itu, umpama ungkapan tasik yang tidak mengalir bakal dikotori akibat bertakung dan tidak memberi manfaat pada persekitarannya. Namun pada masa yang sama amalan tanpa kepercayaan yang mendalam, mungkin membawa manfaat pada kehidupan di dunia, tetapi adakah itu menjamin kehidupan ketika di akhirat? Mungkin sebab itulah wujudnya Quran dan Sunnah bagi merangkumi peraturan dalam iman, ilmu dan amal. Itulah Syariah.

 

AL - HAYA’ - Jagalah auratmu, perhalusi akhlak muslimah mu, pertahankan al - haya’ (sifat malu) dan tampilkan ketegasan mu. Secara zahirnya pasti kita tahu apa yang telah diwajibkan kepada kita. Namun hanya iman yang ,menentukan adakah kita melaksanakan perintah ALLAH sebaik - baiknya. Al - Haya  iaitu (sifat malu)  adalah sebuah benteng pertahanan maruah kita yang telah dihadiahkan oleh ALLAH  buat mereka yang bergelar wanita.Peliharalah ia sebaik - baiknya kerana tanpa sifat itu, maka kerosakan boleh berlaku pada kita.